Monday, January 23, 2012

Sedikit cerita tentang Abu Hurairah~

Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibagikan.

Pernah pula pada suatu masa, dia duduk di pinggir jalan tempat orang biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya. Dilihatnya Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat Al-Quran. "Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku pekerjaan," tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma membacakan ayat, lantas berlalu.

Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a.. "Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu Hurairah r.a.. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar r.a.melakukan hal yang sama.

Tak lama kemudian Rasullullah S.A.W. pula yang berlalu. Nabi tersenyum. "Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau boleh membaca raut muka saya dengan tepat," tutur Abu Hurairah r.a..

"Ya Aba Hurairah!" panggil Nabi.

"Labbaik, ya Rasulullah!"

"Ikutlah aku!"

Beliau mengajak Abu Hurairah r.a. ke rumahnya. Di dalam rumah didapati semangkok susu. "Dari mana datangnya susu ini?" tanya Rasulullah S.A.W.. Beliau diberitahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.

"Ya Aba Hurairah!"

"Labbaik, Ya Rasulullah!"

"Tolong panggilkan ahli shuffah," kata Rasullullah S.A.W. Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah r.a.. Sejak itulah, Abu Hurairah r.a. mengabdi kepada Rasullullah S.A.W. , bergabung dengan ahli shuffah di pondok masjid.

Abu Hurairah r.a. berjaya meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-

Terjemahannya :-

... sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa. (Al-Bukhari)

Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat.


Faktor Kejayaan!


* Beliau seorang ahli suffah yang selalu berdamping dengan Rasulullah s.a.w

* Rajin menghadiri majlis ilmu bersama-sama para sahabat

* Ketekunan dan kesungguhan beliau mengajarkan hadis kepada orang ramai

* Keberkatan doa Rasulullah s.a.w agar Abu Hurairah r.a mudah menghafaz

* Hidup lebih lama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu selama 47 tahun

Sunday, January 22, 2012

Sumbangan Beliau~

1. Terkenal seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang paling banyak meriwayatkan hadis. Sebanyak 5374 hadis diriwayatkan oleh beliau

2. Kebanyakan buku hadis sohih tercatat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, seperti dalam Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, dan Sunan al-Nasai.

Contoh Hadis yang diriwayatkan oleh beliau:


Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: " Semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: " Siapakah yang enggan?" Baginda bersabda: " Sesiapa yang taat kepada ku ia akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia akan masuk neraka. "

Akhlak Abu Hurairah Yang Perlu Diteladani

* Taat kepada perintah Allah S.W.T

* Mementingkan kesederhanaan

* Tawaduk dan Tekun Beribadat

* Cintakan Ilmu Pengetahuan

* Menghormati Ibu Bapa

* Mengasihi Binatang

Gelaran Beliau~

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.

Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.

Biodata Ringkas

Siapakah sebenarnya Abu Hurairah???

* Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar al-Dusi Al-Yamani

* Nama asal beliau sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdu Syams

* Lahir di Dus, negeri Yaman pada 19 tahun sebelum Hijrah.

* Memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah ketika Rasulullah s.a.w berada di Khaibar

* Yatim sejak kecil dan menjadi salah seorang ahli suffah di Madinah

* Meninggal dunia pada tahun 59 hijrah ketika berusia 78 tahun

* Beliau telah digelar Abu Hurairah oleh Rasulullah s.a.w kerana beliau amat sukakan kucing.

Pengenalan

Assalam kepada semua pembaca-pembaca belog ini (:

Nama diberi, Ilham. Boleh panggil, Lehe.
Belog ini sebenarnya kerja assignment yang diberi oleh guru mata pelajaran PAI saya iaitu Ustaz Yusmanizam. Dan seperti tajuk belog di atas, saya diberi tajuk " Abu Hurairah ". InsyaAllah, dalam post yang seterusnya saya akan memperkenalkan kepada kalian tentang Abu Hurairah. Sampai disini sahaja, wassalam :D